Sunday, 21 April 2013

BAKED MACARONI CHEESE


Assalamualaikum.

Hai uolls, sudah lama iolls menyepikan diri dari mengupdate resepi yang tebaru kan? kan? Hoho. Ampun maaf dipinta kerana ia bukan disengajakan tetapi ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat iolls nak elakkan. So, today nak ajar uolls semua how to make baked macaroni/small shells with cheeseeee! In santai mood. Not toooo stone! HAHA

Okai, uolls say ceeezzzzzzzzzzeeeeeeeeeee. ^_^y

So here we go. How to make Baked small shells with cheese-step-by-step. Ekcelli, ia menggunakan macaroni, tapi iolls exchange ia dgn small shells sebab it looks more 'menarik perhatian' me. Macam siput sedut tau! Hehe, sebenarnya apa jua jenis pasta or macaroni or lasagna its taste just same. Bentuknya dan namanya sahaja yang agak berbeda tapi asasnya sama.

Macam satu petikan dalam buku 'Bukan Sekadar Resepi',

''Asasnya sentiasa sama tetapi jika dicampur bahan yang lain, ia diberi nama berbeza.'' 

Resepi yang akan dishare ni adalah lebih kurang untuk 2-3 bekas aluminium container yang square 8''. #google


BAKED MACARONI&SMALL SHELLS WITH CHEESE
Resepi: Mengunakan resepi Lasagna 

Headnote# Sebahagian gambar dibawah adalah ihsan dari sheikh google dan kebanyakannya adalah milik sendirian berhad. Mohon maaf atas kekurangan lighting gambar, dibuat pada malam hari dan guna handset murah jer. hiksss. xD 



Bahan utama;

  

1 plastik Small shells/Macaroni
# direbus dan ditoskan ia
*Boleh guna mana-mana bentuk yang kita suka. Jangan rebus ia terlalu lama sebab nanti jadi lembut sangat. Biar ia sederhana lembut jer okei.




Mozarella (Keju ni untuk final decoration. Ia ditabur atas macaroni)
*Jika suka banyak cheese boleh tambah keju Parmesan.


Bahan-bahan untuk inti;

1)
                               

1 biji bawang holland & 3 ulas bawang putih 
# dipotong dadu
*kalau suka banyak bawang, boleh tambah sebiji lagi.


2)
 

1 botol Pasta Sos Prego/Kimball 
*mana-mana jenis sos boleh diguna, atas citarasa masing-masing.


3)

1 tin Cendawan Butang
# dibuang airnya dan dipotong dadu


4) 

400gram Ayam/Daging Cincang
# dibasuh dahulu dan ditoskan


5)
  

Sedikit serbuk Oregano & Black Pepper
*kalau takde sgt benda ni, tak letak pun takpe.


6) 

2-3 biji Lobak Merah
# dipotong dadu
*Kalau tak nak letak pun takpe. Boleh jugak tambah lada benggala/batang saderi. Semua dipotong dadu tapi disebabkan malas menguasai diri, iolls parut jer terus. Cepat sikit siap. Mohon jangan meniru aksi malas sebegini. hehe. 

7) 2 sudu besar Sos Cili & Garam secukup rasa



Cara-caranya;



- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang yang telah dipotong dadu sampai naik bau. 



- Kemudian masukkan ayam/daging cincang yang telah dibasuh tadi. Gaulkan sebati dan biarkan sehingga ayam/daging tersebut masak atau berubah warna seperti diatas. 



- Setelah ayam/daging telah masak, tuangkan Sos Pasta (Prego/Kimball/etc) ke dalam kuali. Tuangkan kesemuanya dan gaul sebati seperti diatas. 

- Masukkan sedikit serbuk oregano, sos cili, serbuk black pepper dan garam secukup rasa. Bagi yang suka pedas boleh lebihkan lagi sos cili atau serbuk black pepper. Rasanya boleh diubah suai mengikut citarasa tekak masing-masing. hehe.



- Akhir sekali masukkan cendawan butang, lobak merah dan gaul sampai sebati. Biarkan ia selama lebih kurang 3-5 minit dan tutupkan api. Ketepikan seketika dan biarkan ia menyejuk.


Siap intinya, kita beralih pula kepada sos putih. Sos putih ni adalah penting! PENTING! hehe, sebab tanpa sos putih tak menjadi laa baked macaroni cheese ni. hehe. Sos ni Bielah suka banyak dan lebihkan ia! Bagi yang tak suka banyak rasa keju dan lemak berkrim boleh kurangkan kuantiti. Just bahagi kepada 2 okei. Tapi Bielah suggestkan buat ikut sukatan yang diberi, lagi banyak sos putih ia jadi lagi sedap! *trust me :)


Bahan-bahan untuk sos putih;

1)

 

4-5 sudu besar Butter


2)

500ml Full Cream Milk
*bagi yang tak suka susu, boleh campur air sedikit. 


3) 

4/5 keping Keju Slices atau Cheesedale


4) 4 sudu besar Tepung Gandum. *Ini berfungsi untuk memekatkan sos putih, bila ia pekat lagi sedap. Jadi pandai-pandailah balancekan tepung, kalau nak pekat boleh lebihkan dalam 1-2 sudu lagi. 

5) Garam secukup rasa. *Tak nak letak pun tak ada masalah. 



Cara-caranya;



- Panaskan periuk atas api sederhana kemudian cairkan butter. Setelah cair kesemuanya masukkan tepung dan kacau sebati. *Jangan gunakan api yang terlalu kuat kerana ia akan cepat hangit.



- Kemudian masukkan full cream milk dan kacau biar sebati supaya tiada gumpalan tepung. 




- Setelah itu, masukkan keju cheesedale dan kacau sampai keju itu sebati.

- Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sedikit likat. Siap.


Baiklah. Setelah semua bahan dah siap, maka tibalah masa untuk melapiskannya. Bagi yang nak guna kepingan Lasagna, celurkan dahulu kepingan tuu dan kemudian lapis satu persatu macam gambar sheikh google kat bawah. 

 

Ulang langkah ( kepingan lasagna-inti-sos putih-keju parmesan*jika ada) step-by-step sampai laa yang atas sekali adalah lapisan daging-sos putih. Standard ada dalam 3-4 layer jer. Kemudian taburkan keju mozarella mengikut kemahuan masing-masing nak letak banyak atau sedikit.


Ini lasagna yang Cik Bielah buat taw! (^_^)y

Bagi macaroni pula,



- Gaulkan macaroni yang telah direbus tadi bersama-sama dengan inti dalam satu bekas. Gaul sebati. 



- Asingkan ia ke dalam bekas yang berasingan. Ikut citarasa masing-masing nak banyak atau sedikit dalam setiap bekas. 



-Kemudian siramkan dekat atasnya sos putih yang kita buat sebentar tadi. Lagi melimpah sos putih, lagi sedap. Hehe ;) Kemudian akhir sekali taburkan keju mozarella diatasnya. Siap.


Boleh dibakar terus atau di simpan dulu dalam freezer dan bakar untuk breakfast pagi esoknya. Yeayyyy! :D
*Bakar pada suhu 180 darjah celcius atau sampai lapisan keju atasnya keperangan atau nampak masak semuanya. Ia bergantung pada saiz oven. Guna api atas bawah.


Hoho, tudiaa Baked Macaroni+Small Shells yang myself buat! Gambar baru ingat nak amik lepas dah ngapp separuh. hihi.


Sampai ketemu dilain entry yawww! 

p/s: sorry for the broken english and dats why we must learn from our mistakes. #OMEnglish

Lotsoflove from meandoll. xoxo


0 comments:

Post a Comment