Saturday, 8 June 2013

PUDING ROTI YUMMIES :D


Assalamualaikum


Ekcelli, entry puding roti ni dah taip haritu. Tapi tak terpublish. hoho. Tersibuk dengan kenduri, pergi sana sini dengan 'them', dan persiapan nak masuk belajar balik. :)

Hihi, jadi hari ni nak publish. Tambah tolak yang mana patut sikit. 

Puding roti adalah salah satu makanan kegemaran iolls. *err, ekcelli asalkan nama makanan jer, semua kegemaran iolls. hehe. Memang sedap sangat bila makan sejuk! Perghhh, terbayang-bayang hokeii makan depan tv layan citer 'sebenarnya saya isteri dia'. Bertambah-tambah sedap bila tengok hero yang hakhemmmm! HAHA. Opss, suami orang.

Okei, stop. Kembali kepada topik asal. Puding roti ni iolls amik resepi dari Aunty Nanirostam. Bila masuk jer blog aunty, memang mata selalu disajikan dengan hidangan makanan-makanan yang memang walllaaa~  Semua sedap-sedap dan memang menggiurkan. Ehh, ayat ni betul ke tak? Macam 18zz jer giur giur. huhu. 

Tapi seriously, makanan la apa sekalipun memang akan mengoda jiwa dan raga bila nengok nya. Lagi-lagi bila melibatkan 'feberet'. Iskhh, dah terbayang dah makanan apa jer yang nak kena ngapp ni. Haihhh, rosak diet iolls. 

Stop. Jom kita tengok resepi puding roti ni camne. Boleh klik link blog Aunty yer untuk tengok real resepi. 


PUDING ROTI 
Resipi: Aunty Nanirostam 


Bahan-bahan;

10 keping         Roti (tak kira laa brand apa pun. iolls pakai yang gardenia, tapi kalau nak sedap sangat guna roti butter scotch atau roti yang mahal-mahal yang sedap)

2 cwn              Susu full cream (iolls guna yang freshmilk sebab tak jumpa yang fullcream asalkan nama susu)

2 cwn              Whipping cream (iolls guna yang richs gold untuk dessert tuh, 1cwn jer sebab dah habis jadi tambah susu 1 cwn lagi nak balance jer hihi)

1 cwn              Gula (iolls letak sikit jer, sebab nak balance dengan kuah yang iolls buat manis)

6 biji                Telur

1 tbsp              Esen vanilla

4 tbsp              Butter

1 tsp                Serbuk kayu manis (iolls tak letak, ni option jer)

Topping atas seperti coklat chips, kismis, kurma, ceri, kacang badam, almond etc. Letak ikut selera tekak masing-masing. hehe


Cara-cara;

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.




Ni yang iolls buat. hehe. Hasrat dihati nak tabur semua kacang badam dengan coklat chips tuh, tapi ma marah sebab tak suka coklat banyak ngat. kui8


Sos Krim

Cara-caranya;

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan. 

*Tetapi disebabkan tuan punya badan tak minum susu, hehe, iolls gantikan susu dengan susu cair yang guna untuk ABC tu. hehe. Lupa pulak nak snap gambar sos krim. Tapi tak guna penuh resepi ni, sebab iolls buat sos macam nak makan dengan puding berkuah. Tapi seakan-akan jugak. Resepinya cenggini,

Cara-caranya;

Panaskan 2 tin susu cair dengan 2 tin air dengan api sederhana. Sukat guna tin susu tu jer mudah. hehe. Setelah itu tambahkan sebiji telur yang telah dipukul dahulu, masukkan dan terus kacau jangan bagi ia berketul-ketul. Masukkan gula mengikut citarasa. Sedikit garam. Sedikit esen banana. Iollss biasa letak esen banana sebab bau dia kuat sikit, boleh hilangkan bau hanyir kalau vanilla iolls rasa kurang laa. Tapi ni mungkin atas tekak masing-masing. 2 tbsp tepung kastard. Kacau sehingga sedikit likat, dan halus. Sejukkan.





Puding ni propa tau! Waktu nak masak, ia akan naik meninggi macam gunug everes hokei. Rujuk gambar. Kalau real ni lagi tinggi. Bila roti dah masak, sejukkan terus jadi kempis sekempisnya. Iskh2, tapi rasa tak berkurang. Sangat sedap! Masukkan dalam peti dulu, pastu bila sejuk makan! Memang walllaaaa~ Cubalah :D






-missollie-

0 comments:

Post a Comment