Sunday, 21 April 2013

BAKED MACARONI CHEESE


Assalamualaikum.

Hai uolls, sudah lama iolls menyepikan diri dari mengupdate resepi yang tebaru kan? kan? Hoho. Ampun maaf dipinta kerana ia bukan disengajakan tetapi ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat iolls nak elakkan. So, today nak ajar uolls semua how to make baked macaroni/small shells with cheeseeee! In santai mood. Not toooo stone! HAHA

Okai, uolls say ceeezzzzzzzzzzeeeeeeeeeee. ^_^y

So here we go. How to make Baked small shells with cheese-step-by-step. Ekcelli, ia menggunakan macaroni, tapi iolls exchange ia dgn small shells sebab it looks more 'menarik perhatian' me. Macam siput sedut tau! Hehe, sebenarnya apa jua jenis pasta or macaroni or lasagna its taste just same. Bentuknya dan namanya sahaja yang agak berbeda tapi asasnya sama.

Macam satu petikan dalam buku 'Bukan Sekadar Resepi',

''Asasnya sentiasa sama tetapi jika dicampur bahan yang lain, ia diberi nama berbeza.'' 

Resepi yang akan dishare ni adalah lebih kurang untuk 2-3 bekas aluminium container yang square 8''. #google


BAKED MACARONI&SMALL SHELLS WITH CHEESE
Resepi: Mengunakan resepi Lasagna 

Headnote# Sebahagian gambar dibawah adalah ihsan dari sheikh google dan kebanyakannya adalah milik sendirian berhad. Mohon maaf atas kekurangan lighting gambar, dibuat pada malam hari dan guna handset murah jer. hiksss. xD 



Bahan utama;

  

1 plastik Small shells/Macaroni
# direbus dan ditoskan ia
*Boleh guna mana-mana bentuk yang kita suka. Jangan rebus ia terlalu lama sebab nanti jadi lembut sangat. Biar ia sederhana lembut jer okei.




Mozarella (Keju ni untuk final decoration. Ia ditabur atas macaroni)
*Jika suka banyak cheese boleh tambah keju Parmesan.


Bahan-bahan untuk inti;

1)
                               

1 biji bawang holland & 3 ulas bawang putih 
# dipotong dadu
*kalau suka banyak bawang, boleh tambah sebiji lagi.


2)
 

1 botol Pasta Sos Prego/Kimball 
*mana-mana jenis sos boleh diguna, atas citarasa masing-masing.


3)

1 tin Cendawan Butang
# dibuang airnya dan dipotong dadu


4) 

400gram Ayam/Daging Cincang
# dibasuh dahulu dan ditoskan


5)
  

Sedikit serbuk Oregano & Black Pepper
*kalau takde sgt benda ni, tak letak pun takpe.


6) 

2-3 biji Lobak Merah
# dipotong dadu
*Kalau tak nak letak pun takpe. Boleh jugak tambah lada benggala/batang saderi. Semua dipotong dadu tapi disebabkan malas menguasai diri, iolls parut jer terus. Cepat sikit siap. Mohon jangan meniru aksi malas sebegini. hehe. 

7) 2 sudu besar Sos Cili & Garam secukup rasa



Cara-caranya;



- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang yang telah dipotong dadu sampai naik bau. 



- Kemudian masukkan ayam/daging cincang yang telah dibasuh tadi. Gaulkan sebati dan biarkan sehingga ayam/daging tersebut masak atau berubah warna seperti diatas. 



- Setelah ayam/daging telah masak, tuangkan Sos Pasta (Prego/Kimball/etc) ke dalam kuali. Tuangkan kesemuanya dan gaul sebati seperti diatas. 

- Masukkan sedikit serbuk oregano, sos cili, serbuk black pepper dan garam secukup rasa. Bagi yang suka pedas boleh lebihkan lagi sos cili atau serbuk black pepper. Rasanya boleh diubah suai mengikut citarasa tekak masing-masing. hehe.



- Akhir sekali masukkan cendawan butang, lobak merah dan gaul sampai sebati. Biarkan ia selama lebih kurang 3-5 minit dan tutupkan api. Ketepikan seketika dan biarkan ia menyejuk.


Siap intinya, kita beralih pula kepada sos putih. Sos putih ni adalah penting! PENTING! hehe, sebab tanpa sos putih tak menjadi laa baked macaroni cheese ni. hehe. Sos ni Bielah suka banyak dan lebihkan ia! Bagi yang tak suka banyak rasa keju dan lemak berkrim boleh kurangkan kuantiti. Just bahagi kepada 2 okei. Tapi Bielah suggestkan buat ikut sukatan yang diberi, lagi banyak sos putih ia jadi lagi sedap! *trust me :)


Bahan-bahan untuk sos putih;

1)

 

4-5 sudu besar Butter


2)

500ml Full Cream Milk
*bagi yang tak suka susu, boleh campur air sedikit. 


3) 

4/5 keping Keju Slices atau Cheesedale


4) 4 sudu besar Tepung Gandum. *Ini berfungsi untuk memekatkan sos putih, bila ia pekat lagi sedap. Jadi pandai-pandailah balancekan tepung, kalau nak pekat boleh lebihkan dalam 1-2 sudu lagi. 

5) Garam secukup rasa. *Tak nak letak pun tak ada masalah. 



Cara-caranya;



- Panaskan periuk atas api sederhana kemudian cairkan butter. Setelah cair kesemuanya masukkan tepung dan kacau sebati. *Jangan gunakan api yang terlalu kuat kerana ia akan cepat hangit.



- Kemudian masukkan full cream milk dan kacau biar sebati supaya tiada gumpalan tepung. 




- Setelah itu, masukkan keju cheesedale dan kacau sampai keju itu sebati.

- Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sedikit likat. Siap.


Baiklah. Setelah semua bahan dah siap, maka tibalah masa untuk melapiskannya. Bagi yang nak guna kepingan Lasagna, celurkan dahulu kepingan tuu dan kemudian lapis satu persatu macam gambar sheikh google kat bawah. 

 

Ulang langkah ( kepingan lasagna-inti-sos putih-keju parmesan*jika ada) step-by-step sampai laa yang atas sekali adalah lapisan daging-sos putih. Standard ada dalam 3-4 layer jer. Kemudian taburkan keju mozarella mengikut kemahuan masing-masing nak letak banyak atau sedikit.


Ini lasagna yang Cik Bielah buat taw! (^_^)y

Bagi macaroni pula,



- Gaulkan macaroni yang telah direbus tadi bersama-sama dengan inti dalam satu bekas. Gaul sebati. 



- Asingkan ia ke dalam bekas yang berasingan. Ikut citarasa masing-masing nak banyak atau sedikit dalam setiap bekas. 



-Kemudian siramkan dekat atasnya sos putih yang kita buat sebentar tadi. Lagi melimpah sos putih, lagi sedap. Hehe ;) Kemudian akhir sekali taburkan keju mozarella diatasnya. Siap.


Boleh dibakar terus atau di simpan dulu dalam freezer dan bakar untuk breakfast pagi esoknya. Yeayyyy! :D
*Bakar pada suhu 180 darjah celcius atau sampai lapisan keju atasnya keperangan atau nampak masak semuanya. Ia bergantung pada saiz oven. Guna api atas bawah.


Hoho, tudiaa Baked Macaroni+Small Shells yang myself buat! Gambar baru ingat nak amik lepas dah ngapp separuh. hihi.


Sampai ketemu dilain entry yawww! 

p/s: sorry for the broken english and dats why we must learn from our mistakes. #OMEnglish

Lotsoflove from meandoll. xoxo


Saturday, 20 April 2013

STEP BY STEP MAKING OF PAV AND MACS IN PROGRESS

Assalamualaikum.

Maaf sebab sudah lama menyepi. Bukan merajuk, bukan jua membawa diri. Hanya disebabkan oleh beberapa masalah teknikal tidak dapat nak update macam yg dimahukan. Jadi sekarang tengah bertungkus lumus utk siapkan post step-by-step how to make PAVLOVA and BAKED MACARONI CHEESE! So please, stay tuned with me. 

Thats all. Btw, i miss you Ollie. xoxo ;3

Tuesday, 2 April 2013

LOVELY PAVLOVA :D


Assalamualaikum...


Apa khabar yer semua kawan-kawan cik bielah? Semoga semua sihat dan sentiasa berada dibawah lindunganNya. Hari ni bielah nak share resepi nak buat pavlova!

Haa, jadi kalau semua sihat boleh laa nak cuba buat benda alah ni. hehe. Pavlova. Cantik kan namanya. Seindah khabar dan rupanya. Tapi yang tak indahnya kerana benda alah ni manis ngatt. huhu. Tapi bila kita sendiri yang buat, kita boleh adjust sendiri kemanisannya!

Haa, untung kan kalau kita buat sendiri. Tak suka manis, boleh ubah. Tak suka pedas, boleh ubah. Semua boleh berdasarkan selera kita sendiri. 

Ada jugak ke yang tak kenal apa itu pavlova? Okay, moh kita cuci mata tengok gambar ia dulu :D





Dua gambar kat atas ni adalah ihsan dari pak cik google! hohoho. Nampak sedap kan? Kecur ayaq liuq. Bak kata teeeeeeeeett. hikssss. :]

Pavlova ni tak macam kek, ia lebih kepada dessert. Ia diperbuat dari 100% putih telur atau 'meringue'. Sedikit rumit bila ia melibatkan putih telur ni, sebab kita kena asingkan dulu putih dengan kuning telur. Kadang-kadang terpecah sendirik kuning tuh. Jadi nak buat ni perlu ada kesabaran, lemah lembut dan bersopan santun. Tak boleh nak rushing sangat, just buat in slow motion dan lemah gemalai itu perlu. 

Benda ni nampak macam hodoh jer kan? Mak saudara bielah cakap kuih ni nampak macam kena lenyek di lori. huhu. Bila kita bake dia nanti, ia akan merekah sana sini. Nampak macam tak jadi kan? Okay, keep calm. hoho. Pavlova ni memang macam tu, merekah sana sini, nampak tak jadi tapi sebenarnya menjadi. Kalau tak menjadi ialah bila kita nak potong tak boleh sebab lembik dan bahagian dalaman tak masak sepenuhnya. 

Rasa pavlova ni manis tapi kemanisan tuh akan dicover oleh masam buah yang kita letak atasnya. Just nice! Lapisan luar tuh crunchy dan melts in ur mouth dan yang lapisan dalam rasa macam makan marshmallow, tak terlalu gummy dan sticky. :D 

Terliuq dak? Okay, moh kita tengok bahan-bahan dan cara nak membuatnya.


PAVLOVA
Resepi: Kak Ana


Bahan untuk meringue;

4 biji         Telur ayam (kalau boleh cari telur yang besar/Gred A)
1 cwn       Gula kastor (kurang manis guna 3/4 cwn jer)
1 tbsp       Tepung jagung
1 tbsp       Cuka makan
1 tsp         Esen vanilla


Cara-cara;

- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 140 darjah celcius. Nanti bila dah nak bakar, tukar suhu pada 100-120 darjah celcius. Alaskan tray dengan baking paper atau aluminium foil. Sebab nanti nak letak meringue atasnya.
- Asingkan putih telur dengan kuningnya. Asing dengan berhati-hati supaya takde sedikit pun kuning telur termasuk dalam putih telur. Jangan buang kuning telur tuh, nanti boleh letak dalam meggi. huhu
- Untuk mendapatkan meringue ni kita kena guna mixer. Pastikan mixer dan bekas dalam keadaan kering dan tidak berair. 
- Putar putih telur dengan mixer pada kelajuan sederhana dan tingkatkan kelajuan dari semasa ke semasa. Putar hingga ia jadi gebu atau 'soft peaks'. Macam mana kita nak tahu dia gebu ke tidak, kita just terbalikkan bekas tuh putih telur tak akan jatuh.
- Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi. Jangan berhenti putar sampai laa adunan tu jadi kental. 
- Dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan tepung jagung. Putar 2-3 minit macam tu sampai sebati dan ia jadi bertanduk. Rujuk gambar pak cik google dibawah. hehe




- Kemudian tutupkan mixer, bertukar pula kepada spatula. Kalau takde spatula pinjam senduk plastik mak kat dapur pom boleh. hoho. Pastikan senduk kering dan takde air.
- Masukkan cuka dan esen vanilla dan kaup balik meringue tuh sampai ia sebati. Kalau boleh sila kaup balik dengan lemah lembut dan sopan santun, buat satu arah jer.
- Bila dah sebati, tuangkan meringue atas tray yang dah dialas dengan baking paper tadi. Bulatkan adunan tu dan pastikan tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Kalau boleh tinggikan bahagian tepi dan rendahkan sikit bahagian tengah meringue tuh. Rujuk gambar dari pak cik google kat bawah. 



- Masukkan tray dalam oven dan letakkan di tengah-tengah rak. Bakar pada suhu 100-120 darjah celcius selama 1 jam 15 minit atau sehingga kulitnya jadi perang dan nampak macam crunchy. 
- Bila dah masak, tutup suis oven dan renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan ia sejuk seketika. Sambil tunggu ia sejuk moh kita buat toppingnya pula!


Bahan untuk topping;

1 cwn       Rich's Whipping Cream Gold Label 
Fresh fruits


Cara-cara:

- Hanya putar dengan mixer secawan Rich's whip topping sehingga ia kental dan gebu. Kemudian bila merinque dah sejuk, letakkan di atasnya.
- Taburkan atau hiaskan dengan fresh fruits. Siap! Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan. 


PERINGATAN!

Whipping cream untuk pavlova ni tak boleh beli jenis yang sembarangan yer. Sebab banyak jenis whipping cream di jual dan fungsinya berlainan. Pastikan whipping cream yang dibeli khas untuk cake and dessert topping atau yang jenis non-dairy. Biasanya akan ditulis di kotaknya. Tapi untuk keselamatan, belilah jenama yang telah di cadangkan. hoho. Boleh rujuk gambar di bawah. 


Whipping cream ni sedap dan jimat okay! Simpan di tempat sejuk beku. Bila nak guna baru keluarkan. Bagi yang malas nak guna mixer atau malas nak putar-putarkan ia, bielah suggestkan korang untuk beli whipping cream yang dah ready made, yang ready to use straight from the can tuh. Rujuk gambar ihsan pak cik google kat bawah. Jenis ni senang untuk didapati di mana-mana supermarket atau hypermarket berdekatan. Hanya tunggu picit jer dan boleh dimakan terus. hoho



Whipped Light Cream



Fresh fruits! 

Ini yang penting sekali taw. Untuk seimbangkan rasa manis meringue tuh, jadi kita kena letakkan buah-buahan yang agak kontra masamnya macam strawberry, kiwi, blueberry, raspberry dan semua anak beranak berry-berry. hoho. 

Sekarang semua dah pandai nak buat pavlova! Yeayyyy, lompat-lompat bintang sikit. hehe :DD




Haa, gambar kat atas ni adalah hasil air tangan bielah sendiri. hehe. Best tawww! Buat laa. Kompem tak akan pernah menyesal. Cewahhh. ;D 

Selamat Mencuba!


Monday, 1 April 2013

SIMPLE MIMPLE TIRAMISU ;)

Assalamualaikum..

Hari ni bielah nak share resepi macam mana nak buat tiramisu yang simple lagi mimple, hoho. Sebenarnya benda ni senang jugak nak buat, cuma kos bahan-bahan tuh sedikit tinggi laa. Dan juga nak buat ni mesti ada mixer! 

Tapi kepuasannya berganda sebab kita sendiri yang buat, jadi kita boleh ikut suka nak macam mana kan. Dapat pun banyak. Tapi kalau bielah, beli jer. Malas nak buat. HAHA.

Okay, sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan bahan-bahan yang perlu untuk buat tiramisu.



Tatura Cream Cheese



Anchor Whipping Cream 

Cream cheese dengan whipping cream ni banyak jenama. Boleh nak guna yang mana. Bielah guna yang ni dan jenama ni bielah dah survey, dan ia disahkan halal. Benda ni boleh didapati di Giant atau Mydin Mall atau pasaraya besar berdekatan. Yang ni jer bahan nak diperkenalkan. Bahan-bahan lain bielah yakin semua dah kenal, jadi tak perlu diperkenalkan lagi.


TIRAMISU
Resepi: Kak Ana


Bahan-bahan;

1 cwn (250ml)        Whipping cream
1 plastik (250g)      Cream cheese
1/2 cwn                  Gula kastor
1 bekas                  Kek coklat segera 
1 tsp                       Esen vanilla
1/2 cwn                  Air nescafe *bancuh tanpa gula
Serbuk koko secukupnya


Cara-cara;

- Satukan whipping cream dengan cream cheese dalam bekas. Masukkan juga esen vanilla dan gula kastor. 
- Putar semua bahan tersebut sampai sebati dan kembang. Guna kelajuan paling rendah dahulu kemudian sedikit demi sedikit tingkatkan kelajuannya. Ketepikan.
- Potong kek coklat nipis-nipis dan susun dalam bekas yang dimahukan. 
- Siramkan kek coklat dengan sedikit bancuhan air nescafe. 
- Tuangkan sedikit krim yang telah diputar tadi atas kek coklat. Kuantiti tuh boleh ikut selera masing-masing nak banyak ke sedikit jer. Taburkan serbuk koko di atasnya. Pastikan serbuk ditapis. *rujuk gambar di bawah.


Gambar ni ambik dari blog Kak Ana

- Kemudian ulang lagi langkah diatas, letakkan kek coklat - siram dengan bancuhan air nescafe - tuangkan krim - taburkan serbuk koko. Ulang sampai laa habis semuanya. 
- Bila selesai semua masukkan dalam peti ais. Biarkan sejuk baru boleh di ngapppppp! :D



Senangkan? Cuba lah :) Bagi yang nak buat coklat kek sendiri boleh jer. Tapi bielah prefer beli yang dah siap banyak dijual di Giant, Mydin, etc. Ia memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja. hehe. Kalau takde sangat kek coklat, boleh diganti dengan biskut tiramisu atau lebih dikenali sebagai 'ladyfingers' *mohon tanya sheikh google macam mana rupa biskut itu, atau guna kek pandan, vanilla macam yang Kak Ana buat. Jangan guna kek pisang sudah laa yer. hihi. ;) Kalau suka banyak cheese, boleh doublekan bahan-bahan untuk buat krim. 




Ni hasil tiramisu yang bielah buat sendiri. Sedap ngatt! Cubalah :D




DARI HONG KONG KE MALAYSIA!

Assalamualaikum..

Hari ni bielah tetiba rasa mengidam nak makan kuey teow hong kong! Hehe, benda ni always jer buat kat umah untuk makan malam. Bila lauk yang tengahari dah habis, otak akan start berpusing nak masak apa untuk isi perut malam ni. Bielah memang suka menternak lemak malam-malam hari. hehe, xD

Bielah rasa kuey teow ni adalah yang paling simple dan senang nak buat. Menurut pandangan bielah laa. Kena sediakan dua benda jer, kuahnya dengan keuy teow yang digoreng. Jom kita tengok macam mana nak buat!

Sukatan ni sesuai untuk 4-5 orang makan. Kalau makan sikit-sikit laa. Tapi kalau seorang dah makan banyak, kiranya utk 3-4 orang jelaa.

KUEY TEOW HONG KONG
Resepi: belajar dari Kak Dah :)


Bahan;

2 plastik           Kuey Teow
4 biji                Telur


Bahan-bahan utk kuah;

1/2 ekor          Ayam -potong dadu
3 ulas              Bawang putih -lenyek kan ia
4 tbsp             Tepung jagung
2-3 helai          Daun limau purut *disiat-siat
1 btg               Lobak merah*
1/3 biji            Kubis bunga/daun*
1 plastik          Putik jagung*
2 biji               Tomato*
3-4 biji            Lada/cili padi -potong/ketuk jer
Air secukupnya
Minyak 
Garam

*Potong mengikut kesesuaian. Rasa nak potong melintang, menegak, menyerong. Semua boleh. huhu, tapi jangan potong dadu. Tak pernah dibuat orang potong dadu untuk masakan macam ni, tapi mungkin ade kot. 


Cara-cara;

- Rebus ayam dalam periuk berasingan sampai masak. Bagi yang suka seafood, tak payah rebus dulu. Masukkan sekaligus jer dengan air. Kalau ayam tu malas jugak nak direbus dulu, masukkan sekali jer dengan air nanti dan tunggu sampai masak sepenuhnya.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi dengan isi ayam sekali. 
- Masukkan garam secukup rasa. Dalam bekas lain, larutkan tepung jagung dengan sedikit air. *Jangan guna air panas, sebab nanti ia akan jadi berketul-ketul. Tepung jagung ni berfungsi sebagai pemekat kuah. Kalau suka pekat, tambahkan lagi tepung jagung. Ni atas kesukaan masing-masing. Bielah suka pekat. Jadi letak banyak sikit. hehe
-  Masukkan sayuran serta cili padi, diikuti larutan tepung jagung dalam kuah. Masukkan daun limau purut yang disiat-siatkan ia. Biarkan seketika dan boleh tutup api. *kalau tak suka sayur crunchy, boleh letakkan lama lagi atas dapur, kalau suka crunchy, letak kejap jer. 

- Bagi kuey teow pula, panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Gaulkan kuey teow dalam telur yang dah dipukul.
- Ambik segenggam kuey teow atau sebanyak mana yang kita nak dan goreng hingga garing. 
- Angkat dan toskan seketika, hidangkan dalam pinggan/mangkuk dan tuangkan kuah yang siap tadi mengikut kemahuan masing-masing.
*ulang langkah ni untuk kuey teow yang seterusnya. Kiranya untuk seorang satu kali goreng laa. hoho. Kalau suka banyak telur, boleh tambahkan lagi telur. No problemo.


Hidangkan waktu panas-panas! Bagi yang suka pedas, boleh tambahkan seberapa banyak lada yang dimahukan. Hidangkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar. Kalau takde pun takpe. Ni option jer. 




Gambar ni ambik dari sheikh google. Nanti kalau bielah buat, bielah letak gambar sendiri deh. hehe.


Senang kan nak buat? Lepas ni tak perlu laa beli kat kedai lagi. Dah boleh buat sendiri kat rumah. Yeayyyyy!! :DD



CREAM PUFF PUFF

Assalamualaikum..


Cream puff ni merupakan makanan pertama yang berjaya merasmikan oven bielah. hehe. Ni saja nak test dulu. Mula-mula buat kena yang senang dan mudah kan? Baru rasa ada semangat sikit. Mula dari yang kecik pastu baru la besarkan lagi skop pembuatannya. hoho.




Hasilnya agak memuaskan dan disukai ramai. hehe. 

CREAM PUFF
Resepi: Cik Epal ;)

Bahan-bahan untuk kulit;

1 cwn                    Tepung gandum (diayak. lau tak nak pun tak apa)
1 cwn (250ml)       Air (nak guna susu pun boleh)
1/2 cwn (125g)      Butter 
4 biji                      Telur ayam
1 tsp                      Esen vanilla (tak nak letak pun tak apa)

Cara-cara;

- Sediakan tray, gris tray dengan butter tak nak bagi adunan melekat di tray.
- Panaskan oven pada suhu 200c.
- Satukan air dan butter ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mentega larut. Biarkan hingga air hampir mendidih.
- Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau cepat-cepat sehingga adunan jadi macam doh nak buat roti dan tak melekat di periuk.
- Ketepikan adunan dalam bekas lain. Masukkan esen vanilla. 
- Setelah sejuk, masukkan telur sebiji demi sebiji *telur-kacau-telur-kacau-telur-kacau-telur-kacau sehingga ia menjadi adunan yang lembut dan licin. Kalau ada mixer lagi senang kerja, tak payah letih-letih nak kacau. 
- Masukkan adunan dalam piping bag yang bernozel bulat atau bintang. Dan paipkan atas tray. Bagi yang takde nozel, kreatif itu perlu. hoho.



- Yg takde nozel. Guna 2 batang sudu, pastu bulat-bulatkan doh tu dan letak atas tray. Pastikan jarak antara doh tu tak dekat sangat sebab nanti akan berlaku proses berkemban. Ehh, berkembang. *rujuk gambar dekat atas.
- Semburkan/renjis sedikit air atas adunan. 
- Bakar dalam oven pd suhu 200c selama 25 minit atau adunan tuh jadi keperangan dan kembang. Bila nampak dah masak boleh keluarkan dan diganti dengan doh yang lain.


Bahan-bahan untuk sos kastard;

2 tbsp         Tepung jagung
2 tbsp         Tepung kastard
1 1/2 cwn   Susu segar 
2 biji           Telur
1 tsp           Esen vanilla
3 tbsp         Gula (ikut kesukaan masing-masing nak manis ke tak)

Cara-cara;

- Masukkan semua bahan-bahan yang dekat atas. Kacau sebati atas api sederhana. Kacau sampai likat/pekat. 
- Biarkan sejuk, baru masukkan dalam cream puff yang sudah masak dan dipotong tengah-tengahnya. Potong kalau boleh jangan sampai putus, potong separuh jer. 
- Sedia untuk dingapppppp. :D





Gambar ni hasil yang bielah dapat. hehe. Yang panjang tu sebenarnya chocolate eclair. Dohnya sama macam nak buat cream puff jugak, yang beza inti jer. Bielah malas nak buat inti choc, jadi bielah cairkan coklat masakan dan celup jer ia. hehe. Senang kan? Jadi boleh laa cuba yer ^^

Kalau rasa nak cuba inti lain boleh jer. Cuba letak jagung dalam tin tuh. Sedap mungkin. Bielah tak cuba lagi, nanti ada masa cuba. hehe, kreatif itu penting.