Tuesday, 2 April 2013

LOVELY PAVLOVA :D


Assalamualaikum...


Apa khabar yer semua kawan-kawan cik bielah? Semoga semua sihat dan sentiasa berada dibawah lindunganNya. Hari ni bielah nak share resepi nak buat pavlova!

Haa, jadi kalau semua sihat boleh laa nak cuba buat benda alah ni. hehe. Pavlova. Cantik kan namanya. Seindah khabar dan rupanya. Tapi yang tak indahnya kerana benda alah ni manis ngatt. huhu. Tapi bila kita sendiri yang buat, kita boleh adjust sendiri kemanisannya!

Haa, untung kan kalau kita buat sendiri. Tak suka manis, boleh ubah. Tak suka pedas, boleh ubah. Semua boleh berdasarkan selera kita sendiri. 

Ada jugak ke yang tak kenal apa itu pavlova? Okay, moh kita cuci mata tengok gambar ia dulu :D





Dua gambar kat atas ni adalah ihsan dari pak cik google! hohoho. Nampak sedap kan? Kecur ayaq liuq. Bak kata teeeeeeeeett. hikssss. :]

Pavlova ni tak macam kek, ia lebih kepada dessert. Ia diperbuat dari 100% putih telur atau 'meringue'. Sedikit rumit bila ia melibatkan putih telur ni, sebab kita kena asingkan dulu putih dengan kuning telur. Kadang-kadang terpecah sendirik kuning tuh. Jadi nak buat ni perlu ada kesabaran, lemah lembut dan bersopan santun. Tak boleh nak rushing sangat, just buat in slow motion dan lemah gemalai itu perlu. 

Benda ni nampak macam hodoh jer kan? Mak saudara bielah cakap kuih ni nampak macam kena lenyek di lori. huhu. Bila kita bake dia nanti, ia akan merekah sana sini. Nampak macam tak jadi kan? Okay, keep calm. hoho. Pavlova ni memang macam tu, merekah sana sini, nampak tak jadi tapi sebenarnya menjadi. Kalau tak menjadi ialah bila kita nak potong tak boleh sebab lembik dan bahagian dalaman tak masak sepenuhnya. 

Rasa pavlova ni manis tapi kemanisan tuh akan dicover oleh masam buah yang kita letak atasnya. Just nice! Lapisan luar tuh crunchy dan melts in ur mouth dan yang lapisan dalam rasa macam makan marshmallow, tak terlalu gummy dan sticky. :D 

Terliuq dak? Okay, moh kita tengok bahan-bahan dan cara nak membuatnya.


PAVLOVA
Resepi: Kak Ana


Bahan untuk meringue;

4 biji         Telur ayam (kalau boleh cari telur yang besar/Gred A)
1 cwn       Gula kastor (kurang manis guna 3/4 cwn jer)
1 tbsp       Tepung jagung
1 tbsp       Cuka makan
1 tsp         Esen vanilla


Cara-cara;

- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 140 darjah celcius. Nanti bila dah nak bakar, tukar suhu pada 100-120 darjah celcius. Alaskan tray dengan baking paper atau aluminium foil. Sebab nanti nak letak meringue atasnya.
- Asingkan putih telur dengan kuningnya. Asing dengan berhati-hati supaya takde sedikit pun kuning telur termasuk dalam putih telur. Jangan buang kuning telur tuh, nanti boleh letak dalam meggi. huhu
- Untuk mendapatkan meringue ni kita kena guna mixer. Pastikan mixer dan bekas dalam keadaan kering dan tidak berair. 
- Putar putih telur dengan mixer pada kelajuan sederhana dan tingkatkan kelajuan dari semasa ke semasa. Putar hingga ia jadi gebu atau 'soft peaks'. Macam mana kita nak tahu dia gebu ke tidak, kita just terbalikkan bekas tuh putih telur tak akan jatuh.
- Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi. Jangan berhenti putar sampai laa adunan tu jadi kental. 
- Dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan tepung jagung. Putar 2-3 minit macam tu sampai sebati dan ia jadi bertanduk. Rujuk gambar pak cik google dibawah. hehe




- Kemudian tutupkan mixer, bertukar pula kepada spatula. Kalau takde spatula pinjam senduk plastik mak kat dapur pom boleh. hoho. Pastikan senduk kering dan takde air.
- Masukkan cuka dan esen vanilla dan kaup balik meringue tuh sampai ia sebati. Kalau boleh sila kaup balik dengan lemah lembut dan sopan santun, buat satu arah jer.
- Bila dah sebati, tuangkan meringue atas tray yang dah dialas dengan baking paper tadi. Bulatkan adunan tu dan pastikan tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Kalau boleh tinggikan bahagian tepi dan rendahkan sikit bahagian tengah meringue tuh. Rujuk gambar dari pak cik google kat bawah. 



- Masukkan tray dalam oven dan letakkan di tengah-tengah rak. Bakar pada suhu 100-120 darjah celcius selama 1 jam 15 minit atau sehingga kulitnya jadi perang dan nampak macam crunchy. 
- Bila dah masak, tutup suis oven dan renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan ia sejuk seketika. Sambil tunggu ia sejuk moh kita buat toppingnya pula!


Bahan untuk topping;

1 cwn       Rich's Whipping Cream Gold Label 
Fresh fruits


Cara-cara:

- Hanya putar dengan mixer secawan Rich's whip topping sehingga ia kental dan gebu. Kemudian bila merinque dah sejuk, letakkan di atasnya.
- Taburkan atau hiaskan dengan fresh fruits. Siap! Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan. 


PERINGATAN!

Whipping cream untuk pavlova ni tak boleh beli jenis yang sembarangan yer. Sebab banyak jenis whipping cream di jual dan fungsinya berlainan. Pastikan whipping cream yang dibeli khas untuk cake and dessert topping atau yang jenis non-dairy. Biasanya akan ditulis di kotaknya. Tapi untuk keselamatan, belilah jenama yang telah di cadangkan. hoho. Boleh rujuk gambar di bawah. 


Whipping cream ni sedap dan jimat okay! Simpan di tempat sejuk beku. Bila nak guna baru keluarkan. Bagi yang malas nak guna mixer atau malas nak putar-putarkan ia, bielah suggestkan korang untuk beli whipping cream yang dah ready made, yang ready to use straight from the can tuh. Rujuk gambar ihsan pak cik google kat bawah. Jenis ni senang untuk didapati di mana-mana supermarket atau hypermarket berdekatan. Hanya tunggu picit jer dan boleh dimakan terus. hoho



Whipped Light Cream



Fresh fruits! 

Ini yang penting sekali taw. Untuk seimbangkan rasa manis meringue tuh, jadi kita kena letakkan buah-buahan yang agak kontra masamnya macam strawberry, kiwi, blueberry, raspberry dan semua anak beranak berry-berry. hoho. 

Sekarang semua dah pandai nak buat pavlova! Yeayyyy, lompat-lompat bintang sikit. hehe :DD




Haa, gambar kat atas ni adalah hasil air tangan bielah sendiri. hehe. Best tawww! Buat laa. Kompem tak akan pernah menyesal. Cewahhh. ;D 

Selamat Mencuba!


0 comments:

Post a Comment