Saturday, 8 June 2013

PUDING ROTI YUMMIES :D


Assalamualaikum


Ekcelli, entry puding roti ni dah taip haritu. Tapi tak terpublish. hoho. Tersibuk dengan kenduri, pergi sana sini dengan 'them', dan persiapan nak masuk belajar balik. :)

Hihi, jadi hari ni nak publish. Tambah tolak yang mana patut sikit. 

Puding roti adalah salah satu makanan kegemaran iolls. *err, ekcelli asalkan nama makanan jer, semua kegemaran iolls. hehe. Memang sedap sangat bila makan sejuk! Perghhh, terbayang-bayang hokeii makan depan tv layan citer 'sebenarnya saya isteri dia'. Bertambah-tambah sedap bila tengok hero yang hakhemmmm! HAHA. Opss, suami orang.

Okei, stop. Kembali kepada topik asal. Puding roti ni iolls amik resepi dari Aunty Nanirostam. Bila masuk jer blog aunty, memang mata selalu disajikan dengan hidangan makanan-makanan yang memang walllaaa~  Semua sedap-sedap dan memang menggiurkan. Ehh, ayat ni betul ke tak? Macam 18zz jer giur giur. huhu. 

Tapi seriously, makanan la apa sekalipun memang akan mengoda jiwa dan raga bila nengok nya. Lagi-lagi bila melibatkan 'feberet'. Iskhh, dah terbayang dah makanan apa jer yang nak kena ngapp ni. Haihhh, rosak diet iolls. 

Stop. Jom kita tengok resepi puding roti ni camne. Boleh klik link blog Aunty yer untuk tengok real resepi. 


PUDING ROTI 
Resipi: Aunty Nanirostam 


Bahan-bahan;

10 keping         Roti (tak kira laa brand apa pun. iolls pakai yang gardenia, tapi kalau nak sedap sangat guna roti butter scotch atau roti yang mahal-mahal yang sedap)

2 cwn              Susu full cream (iolls guna yang freshmilk sebab tak jumpa yang fullcream asalkan nama susu)

2 cwn              Whipping cream (iolls guna yang richs gold untuk dessert tuh, 1cwn jer sebab dah habis jadi tambah susu 1 cwn lagi nak balance jer hihi)

1 cwn              Gula (iolls letak sikit jer, sebab nak balance dengan kuah yang iolls buat manis)

6 biji                Telur

1 tbsp              Esen vanilla

4 tbsp              Butter

1 tsp                Serbuk kayu manis (iolls tak letak, ni option jer)

Topping atas seperti coklat chips, kismis, kurma, ceri, kacang badam, almond etc. Letak ikut selera tekak masing-masing. hehe


Cara-cara;

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.




Ni yang iolls buat. hehe. Hasrat dihati nak tabur semua kacang badam dengan coklat chips tuh, tapi ma marah sebab tak suka coklat banyak ngat. kui8


Sos Krim

Cara-caranya;

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan. 

*Tetapi disebabkan tuan punya badan tak minum susu, hehe, iolls gantikan susu dengan susu cair yang guna untuk ABC tu. hehe. Lupa pulak nak snap gambar sos krim. Tapi tak guna penuh resepi ni, sebab iolls buat sos macam nak makan dengan puding berkuah. Tapi seakan-akan jugak. Resepinya cenggini,

Cara-caranya;

Panaskan 2 tin susu cair dengan 2 tin air dengan api sederhana. Sukat guna tin susu tu jer mudah. hehe. Setelah itu tambahkan sebiji telur yang telah dipukul dahulu, masukkan dan terus kacau jangan bagi ia berketul-ketul. Masukkan gula mengikut citarasa. Sedikit garam. Sedikit esen banana. Iollss biasa letak esen banana sebab bau dia kuat sikit, boleh hilangkan bau hanyir kalau vanilla iolls rasa kurang laa. Tapi ni mungkin atas tekak masing-masing. 2 tbsp tepung kastard. Kacau sehingga sedikit likat, dan halus. Sejukkan.





Puding ni propa tau! Waktu nak masak, ia akan naik meninggi macam gunug everes hokei. Rujuk gambar. Kalau real ni lagi tinggi. Bila roti dah masak, sejukkan terus jadi kempis sekempisnya. Iskh2, tapi rasa tak berkurang. Sangat sedap! Masukkan dalam peti dulu, pastu bila sejuk makan! Memang walllaaaa~ Cubalah :D






-missollie-

Monday, 3 June 2013

AWAK YANG DI PERANTAUAN



rindu itu syarat cinta. tanpa rindu tiada doa. tanpa doa bagaimana mahu menjaga cinta? 
berjauhan dari orang yang kita rindu dan sayang ; keluarga, kawan-kawan, yang tercinta, sepatutnya tak melemahkan kita tapi menguatkan kita. dengan berjauhan kita akan sedaya upaya menjaga diri, agar nanti bila bertemu, mereka boleh tersenyum melihat kita kerana kita masih seperti yang mereka kenali.
sabarlah dengan dugaan berjauhan. Adam dan Hawa juga terpisah sebelum kembali berbahagia.






p/s: erm, baliklah! best sangat ke duk obersea? huhu. jeles. kbai. :'/



MENGHITUNG HARI


Assalamualaikum :)

Hai uolls. Sihat? Iolls rasa macam dah lama pulak yer tak merapu meraban kat sini. hewhew. Bukan sebab takde masa, masa BANYAK SANGAT. Tapi tak tahu nak taip apa jer. --' *huruf membesar disitu menguatkan lagi fakta. hihi. Otak kian membeku. Idea kian menghilang. 

Ni sebab duk asyik menghitung hari. Detik demi detik. Cewahhh, terasa macam nak jadi raja sehari uolls. HAHA. Tapi bukan. Menghitung hari nak masuk belajar laa. Aduhh, bila dah makin dekat terasa seperti segala cuti yang sebelum ni tak digunakan sebaiknya. Hurmmm. Tapi takpe, sekarang semangat sangat nak belajar cecepat sebab dah masuk tahun akhir hokeiii!! Ulang lagi, TAHUN AKHIR!! hihi. Tak sabar. 

Dah tak sabar nak habis, sebab nak kawen! huahua. *err, tergatal sikit. hikssss

Okei, stop dulu yang itu. Meh nak citer sikit. Semalam kan iolls try laa buat ''bread butter pudding'' kegemaran. Memula nak buat berdebar jugak, takut tak jadi. Sebelum ni dah pernah buat, tak jadi :'( Tapi kan yang semalam punya, alhamdulillah ia menjadi! Suka! Suka! hiksss. ^^y

Sebab tetiba buat tuh, sebelum ni duk beli yang mak saudara buat jer. Then, cuba laa mintak resepi, tapi dia tak nak bagi pulak! Puding roti jer kot! Dia kata beli resepi tu dengan orang RM150. Errr, giler mahai. So, sebab itu laa balik rumah jer terus cari semua resepi, semua testimoni, baca komen dari orang lain etc. Dan akhirnya! Dapat jugak.

Resepi dari blog  Aunty Nanirostam atau mak kepada model Hanis Zalikha. One of my feberet blog yang iolls tak pernah terlepas baca new entry! hihi. Bread butter pudding ni tengok gambar pun dah nampak sedap dan menggiurkan, ada pulak komen yang kata sedap. Apa lagi nak ditunggu kan, terus salin resepi dan buat! Sebab bahan semua dah ada. Memudahkan kerja. Yang beza, rajin dengan malas jer bak kata ma. Hihi

So, sekarang tengah menaip resepinya. Stay tuned ya uolls :D Sambil tunggu tuh, jom layan lagu jap! Hihi, lagu ni best evahhhhhhh! Hisyam yang nyanyi opkos kena sedap.*mohon hisyam baca ni, then belanja bielah makan. Hikssss





''sampai bilakah ku harus begini,
bilakah lagi kau akan mengerti,
segalanya telah ku korbankan demi sebuah kebahagiaan.

tidak kan ku mahu lagi bermimpi,
kau pasti bukan untuk dimiliki,
ku bangkit dan yakin kembali mencari cinta suci. 

takdir ini untuk ku,
sendiri ku tanpamu.'' 






p/s: Lagu ni macam kena jer kan dengan kisah kita. Ehhh.