Assalamualaikum :)
Hai uolls. Sihat? Iolls rasa macam dah lama pulak yer tak merapu meraban kat sini. hewhew. Bukan sebab takde masa, masa BANYAK SANGAT. Tapi tak tahu nak taip apa jer. --' *huruf membesar disitu menguatkan lagi fakta. hihi. Otak kian membeku. Idea kian menghilang.
Ni sebab duk asyik menghitung hari. Detik demi detik. Cewahhh, terasa macam nak jadi raja sehari uolls. HAHA. Tapi bukan. Menghitung hari nak masuk belajar laa. Aduhh, bila dah makin dekat terasa seperti segala cuti yang sebelum ni tak digunakan sebaiknya. Hurmmm. Tapi takpe, sekarang semangat sangat nak belajar cecepat sebab dah masuk tahun akhir hokeiii!! Ulang lagi, TAHUN AKHIR!! hihi. Tak sabar.
Dah tak sabar nak habis, sebab nak kawen! huahua. *err, tergatal sikit. hikssss
Okei, stop dulu yang itu. Meh nak citer sikit. Semalam kan iolls try laa buat ''bread butter pudding'' kegemaran. Memula nak buat berdebar jugak, takut tak jadi. Sebelum ni dah pernah buat, tak jadi :'( Tapi kan yang semalam punya, alhamdulillah ia menjadi! Suka! Suka! hiksss. ^^y
Sebab tetiba buat tuh, sebelum ni duk beli yang mak saudara buat jer. Then, cuba laa mintak resepi, tapi dia tak nak bagi pulak! Puding roti jer kot! Dia kata beli resepi tu dengan orang RM150. Errr, giler mahai. So, sebab itu laa balik rumah jer terus cari semua resepi, semua testimoni, baca komen dari orang lain etc. Dan akhirnya! Dapat jugak.
Resepi dari blog Aunty Nanirostam atau mak kepada model Hanis Zalikha. One of my feberet blog yang iolls tak pernah terlepas baca new entry! hihi. Bread butter pudding ni tengok gambar pun dah nampak sedap dan menggiurkan, ada pulak komen yang kata sedap. Apa lagi nak ditunggu kan, terus salin resepi dan buat! Sebab bahan semua dah ada. Memudahkan kerja. Yang beza, rajin dengan malas jer bak kata ma. Hihi
So, sekarang tengah menaip resepinya. Stay tuned ya uolls :D Sambil tunggu tuh, jom layan lagu jap! Hihi, lagu ni best evahhhhhhh! Hisyam yang nyanyi opkos kena sedap.*mohon hisyam baca ni, then belanja bielah makan. Hikssss
''sampai bilakah ku harus begini,
bilakah lagi kau akan mengerti,
segalanya telah ku korbankan demi sebuah kebahagiaan.
tidak kan ku mahu lagi bermimpi,
kau pasti bukan untuk dimiliki,
ku bangkit dan yakin kembali mencari cinta suci.
takdir ini untuk ku,
sendiri ku tanpamu.''
p/s: Lagu ni macam kena jer kan dengan kisah kita. Ehhh.
0 comments:
Post a Comment