Assalamualaikum uolls :)
#Ini entry dibuat pada 20/4 tapi disimpan dalam drafts seketika utk buat seperti 'cucumber pickles' yg iolls suka. Hiksss :B
Ketemu lagi kita di entry yang lain. hihi. Kali ini nak share pulak cara-cara nak buat PAVLOVA! Sebelum ni dah ada share macam mana nak buat cuma takde pulak step-by-step. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni my mum ask me macam mana nak buat pavlova.
Dia suh laa anak yer yang comel momel ni ajarkan macam mana. hiksss. Sebab ma ni always jer tempah dengan adik dia merangkap kepada my mak saudara a.k.a moktie. Tiap kali dia tempah tu laa me akan 'bambling' dekat ma suruh dia buat sendiri.
And one day, ma tetiba tanya macam mana nak buat? Guna apa? Berapa sukatan? Dan akhirnya, pada hujung minggu yang lepas me telah buat kelas free-of-charge untuk ma. Semangat okei me sediakan bahan-bahan, sukat sana sini untuk ajar.
Tetapi ia berakhir dengan, diri sendiri yang buat! Ma cakap,
''Ermm, buat jelaa. Kalau ma yang buat, ekgi u tak dok keje pulak nak buat. Asyik tido jer''
-__________-'
Dan akhirnya, dengan bantuan adik Ya (tak membantu sangat, menyibuk jer lebih) maka siap jugak laa pavlova dengan step-by-step diambik gambarnya. Jom kita tengok macam mana nak buat ia!
PAVLOVA
Bahan-bahan untuk meringue;
4 biji Telur Ayam
# asingkan kuningnya, sebab kita nak guna putihnya sahaja
*kalau boleh guna telur yang besar-besar. pastikan tak masuk sebarang kuning telur atau air.
1 cawan Gula Kastor
*sukatan untuk 1 cawan ni manis ngat. Bielah just letak 3/4 cawan
1 tsp Cuka Masakan
1 tbsp Esen Vanilla
1 tbsp Tepung Jagung
Cara-caranya;
- Panaskan oven terlebih dahulu sebelum start buat meringue ni. Panaskan pada suhu 140 darjah celsius, api bawah sahaja. Bila dah nak bakar nanti baru tukar kepada 100-120 darjah celsius.
- Putar putih telur macam dalam gambar kat atas itewwww. Putar dengan kelajuan perlahan dan meningkat satu demi satu kelajuan dari time to time.
- Putar ia sehingga jadi soft peaks. Kalau nak tahu acaner, bila kita tunggengkan atau bahasa standardnya terbalikkan ia, ia tak tumpah atau jatuh atau gedebuk jatuh atas lantai. hewhewhew
- Seterusnya masukkan gula sedikit demi sedikit. Ekcelli, gambar masukkan gula lupa pulak nak snap. Jadi buat-buat nampak jelaa yer gula dalam bekas kat atas itewww. :p Iolls masukkan terus semua gula tuu, malas aihh nak masuk sikit-sikit. hoho. Jangan berhenti putar tau, masukkan sikit-sikit sambil putar.
- Sehinggalah akhirnya gula-gula itewww sebati serta meringue itu jadi agak kental.
- Masukkan esen vanilla, dan putar lagi sebati dalam seminit dua camtu laa.
- Selepas itu, dah tak guna lagi mixer, maka tiba pula Incik Spatula memainkan peranannya dalam drama ini. Ewahhh. :B Masukkan cuka dan tepung jagung dan kaup balikkan meringue tu sampai laa ia sebati. Bagi yang malas nak kaup balik, boleh jer terus putar dengan mixer. Takde masalah. Maka meringue ini sudah siap! Yeayyyy
- Tiba pula masa untuk membakarnya. Alaskan tray dengan baking paper. Kemudian tuang jer semua meringue tuh. Kalau nak buat double pavlova, jadi bahagikan ia kepada dua. Tapi kalau nak buat satu jer, letak jer semua macam kat atas.
- Ratakan dan touch up laa sikit ia biar nampak cantik dan menawam. Proses ini melibatkan peranan eyeliner, foundation, sunblock, bedak untuk mencatikkan ia. EHHH. Oke, oke, joke. Pandai-pandai laa uolls bentukkan ia jadi bentuk bulat camtu.
- Pastikan bentuk adunan tu dibuat jadi macam gambar kat atas. Tinggikan sedikit bahagian tepi dan rendahkan sedikit yang kat tengah tu. Jadi bentuk macam kawah camtu laa.
- Masukkan dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 110 darjah celcius selama 1 jam lebih atau meringue tuh jadi warna keperangan gitu. Guna api atas bawah. Kalau nak tahu ia masak ke tak cuba cucuk pakai lidi/garfu/pisau dan meringue tu tak akan melekat.
Bahan-bahan untuk topping;
Fresh fruits
*biasanya guna buah yg kadar sitrus atau kemasamannya tinggi macam strawberry, kiwi, markisa, anggur hijau etc. sebab kita nak balancekan rasa manis topping dan meringue yang memang sedia manis. Pilihan ini tak ada sukatan berapa. Ikut tekak masing-masing nak letak banyak mana yg kita suka.
1 cwn Topping Richs Gold Label
*pastikan ianya khas untuk cake/dessert topping. Topping ini ia tak rasa macam buttercream yang ada di kek. Tak rasa muak, ia manis dan sedap! Buttercream dan topping ini adalah berbeda. hehe. Trust me :) Boleh jugak nak beli topping kek yang dah ready made dekat pasaraya berdekatan.
Cara-caranya;
- Putar topping tadi sampai kental atau gebus dan hiaskan di atas meringue. Taburkan fresh fruits yang dah dipotong mengikut kreativiti masing-masing. Letakkan dalam fridge seketika sebab ia lebih sedap di makan bila sejuk. Yummiesss.
A
N
D
D
D
D
D
Tadaaaaaaaaaa....
Le PAVLOVA that i make myself. Cun kan? hewhehew.
Jadi sekarang semua orang dah boleh buat pavlova masing-masing dengan kos yang murah. Tak payah lagi beli kat mana-mana kedai yg kadang-kadang tu harganya agak mencekik darah sedangkan rasa tak seberapa. hehe. Dan mohon pastikan bil letrik sudah dilangsaikan kerana kalau 'blackout' jangan berharap ia akan jadi pavlova yang cantik menawan seperti iteww kerana harapan itu akan hancur musnah semuanya. hiksss.
Sampai ketemu di lain entry. xoxo :)
0 comments:
Post a Comment